Thursday, February 24, 2011

Awak ,saya rindu awak

Awak...
saya sangat merindui awak pada masa ini,
alangkah awak tahu perasaan saya di saat ini,
saya cukup gembira jika dapat meluahkan apabila kite bersama di sisi.

Awak...
selepas kejadian semalam tu saya berasa serba salah,
saya taknak melukakan hati kecil awak tapi saya tak bermaksud nak melukakan hati kecil awak,
saya berusaha memujuk agar awak tak memarahi saya pada waktu itu,
tapi usaha itu hanya sia-sia.



Awak...
semalaman saya tak boleh tidur tentang hal semalam itu ,
saya menyesal dengan perbuatan saya ,
alangkah awak tahu betapa sayangnya saya pada diri awak?,
alangkah awak tahu betapa sedihnya apabila awak mengatakan kata-kata yang menggores hati kecil saya?
Air mata yang berlinangan di kelopak mata bercucuran di pipi saya,
alangkah awak tahu betapa pedih nya jika kehilangan seseorang yang kita sayangi?
Andai kata perpisahan berlaku di waktu itu saya akan berusaha memujuk awak supaya percayakan saya ..dan pujuk..pujuk..pujuk lagi..
tapi kenapa saya pujuk?..kerana awak telah merampas hati saya..itulah sebabnya..

Awak...
saya berterima kasih sebab maafkan saya dan percayakan saya keesokan harinya,
saya bersyukur sangat sebab awak dah maafkan saya,
akhirnya pujukan saya berjaya =) ,
malam di saat kejadian itu juga saya berdoa supaya ALLAH kekalkan hubungan kami ,
akhirnya termakbul juga doa-doa saya pada tempoh hari.

Awak..
sekarang awak dah makin sibuk ,
saya sedih dan keseorangan di sini,
alangkah gembiranya saya jika awak menemani saya sekarang ini,
alangkah baiknya apabila kita dapat sms seperti dahulu kala?,
awak..saya sangat rindu awak pada pagi ini...saya rasa awak pun sama ..tapi rindu saya ni buat saya hendak menangis...


Awak...
saya menghargai semua perbuatan yang awak curahkan pada saya,
kasih sayang yang tak terhingga dan belaian yang mampu membuatkan hati saya cair..
saya terkenangkan sekali lagi sewaktu kita keluar bersama..
awak...SAYA RINDU AWAK! jerit hati kecilku...
saya harap awak dengar jeritan saya..
tapi malangnya ianya bukan dari mulut saya...
ianya tak didengari oleh sesiapa...


Awak...
saya taktahu nak habiskan cerita saya ini,
saya harap awak baca luahan hati saya,
saya berharap awak adalah teman hidup saya,
sebab awak adalah lelaki yang saya CINTAI sampai bila2..

Awak..saya rindu awak.. =(